Home » » Cuba bunuh diri kerana Tarian Gangnam Style

Cuba bunuh diri kerana Tarian Gangnam Style


Akibat tekanan perasaan, Kim Jang Hoon cuba membunuh diri dengan mengambil ubat secara berlebihan. Masih mendapatkan rawatan di hospital, Jang Hoon melahirkan hasrat untuk meninggalkan Korea secepat mungkin.
"Saya akan meninggalkan Korea dengan segera setelah sembuh nanti dan juga berharap agar saya boleh mencari kehidupan yang lebih tenang di luar Korea," katanya.
Jang Hoon pernah mencetuskan kontroversi apabila menuduh Psy mencuri konsep idea tariannya, The Horse Riding Dance, kerana sebelum ini mereka bersahabat baik dan pernah mengadakan konsert bersama pada 2009.


Sebelum insiden ini berlaku, PSY pernah mengaku dia banyak belajar mengenai muzik dan tarian daripada Jang Hoon. - Sinarharian


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger