Home » , , » Memorandum penstrukturan semula industri air Perak

Memorandum penstrukturan semula industri air Perak





Memorandum mengenai penstrukturan semula industri air negeri Perak akan dibentangkan pada mesyuarat jemaah menteri dalam masa terdekat bagi mendapatkan kelulusan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah meluluskan perkara itu dan memaklumkannya kepada Kementerian Tenaga Hijau dan Air pada 18 Januari lalu untuk tindakan lanjut.

"Perjanjian dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) akan dimeterai selepas cadangan tersebut diluluskan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Lembaga Air Perak di sini hari ini.

Zambry berkata, penstrukturan semula industri air membuktikan Lembaga Air Perak (LAP) sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. -utusan
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger