Saya bersetuju dengan ingatan diberikan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Kelantan (JPN) Wan Nik Wan Yusuf supaya ahli parti itu jangan berada di zon selesa Pas akan kekal memerintah Kelantan dengan mengambil kira Kelantan kini sudah empat penggal di bawah teraju Pas.
Katanya pujian terhadap Pas terutamanya dari musuh sebagai jerat untuk memerangkap Pas, jadi jangan mudah terpedaya dengan perangkap itu.
Ingatan Wan Nik itu sesuatu yang tepat ada kebenarannya serta perlulah diambil perhatian serius oleh semua pihak dalam parti Islam tersebut.
Hakikat tidak boleh dielakkan, walaupun ramai meletakkan Pas akan dapat dan yakin mempertahan negeri Kelantan pada PRU 13, tetapi ada juga yang menaruh kebimbangan mengenai keupayaan Pas.
Kalau tidak silap, saya sendiri sudah menulis beberapa kali secara ringkas memberi peringatan bahawa UBN bersedia untuk menawan Kelantan kali ini. Cara Umno menggerakkan jenteranya dilihat ada kesungguhan pada parti itu.
Pas tidak boleh merasa sedap dengan mengambil budaya Umno yang suka cah keting dalam setiap pilihan raya. Mungkin kali ini orang Umno akan mengenepikan seketika budaya itu kerana mereka mempunyai azam tinggi untuk takhluk Kelantan. Ingat budaya dan pendekatan politik senantiasa berubah.
Baru-baru untuk kesekian kalinya saya pulang ke Kelantan dan sempat membuat tinjauan di beberapa buah daerah. Dalam tinjauan sukarela itu apa yang dapat saya simpulkan Pas seakan belium bersiap sedia lagi dari segi logistik untuk berdepan dengan Umno.
Walaupun boleh dikatakan semua kawasan sudah menaiki bendera, menggantungkan sepanduk dan sebagainya termasuk kerap mengaturkan ceramah kelompok, mengadakan forum tetapi ia jauh daripada memuaskan berbanding dengan usaha UBN yang dilihat lebih sistemetik.
Walaupun boleh dikatakan semua kawasan sudah menaiki bendera, menggantungkan sepanduk dan sebagainya termasuk kerap mengaturkan ceramah kelompok, mengadakan forum tetapi ia jauh daripada memuaskan berbanding dengan usaha UBN yang dilihat lebih sistemetik.
Dalam pengamatan saya setakat ini hanya kawasan Jeli sahaja Pas nampak serius dan ghairah. Kebetulan di pihak UBN juga begitu. Jadi perlawanan (fighting) kini hanya berlaku di Jeli. Jeli memberi simbolik akan pertewasan Pas dengan Umno.
Bendera dan segala macam bahan kempen kedua-dua buah parti sudah mula bercacakan di tepi-tepi jalan berselekoh dan berkibar saling selar menyelar antara satu sama lain. Sudah ada bendera yang di pacak atas pokok dan mereka 'berbadi' tinggi. (Tahukah apa erti berbadi?"
Bermula di sempadan Tanah Merah di Jedok sampailah ke sempadan dengan Gua Musang di Jelawang. Bendera dan banting kedua-dua parti merampas mana-mana ruang yang ada.
Apandi Mohamadbersama timbalannya Abdullah Yaaacob yang terpaksa berdepan dengan gergasi Umno nampaknya menggerakkan jentera pilihan raya melakukan perang saraf ke atas Mustapa Mohamed. Beberapa kawasan khasnya di Air Lanas yang diwakili Abdullah Yaacob mengatasi kekuatan UBN. Manakala UBN pula menonjol di bandar Jeli, Bukit Nangka. Ada kemungkinan Mustapa akan bertanding dua kerusi dan kerusi state ialah di Air Lanas.
Di Kuala Balah kedudukan hampir sama rata. Sebuah bendera Pas berukur besar digantung merentangi tengah jalan raya menujukkan bulanPurnama bakal menyengetkan Dacing di situ.
Kedua pemimpin Mustapa (UBN) dan Apandi (Pas) nampaknya berlawan secara psikologi lebih awal. Keduanya ingin menjatuhkan antara satu sama lain. Apandi 'berdendam' setelah dua kali dikalah Mustsapa tahun 2004 dan s008. Beliau mengira kali ini gilirannya untuk menebus kekalahan ditangan Mustapa. Apandi pernah mengecewakan Mustapa pada tahun 1999.
Walaupun dia tahu sukar untuk menjatuhkan menteri yang mendapat pelbagai kemudahan serta menunjukkan prestasi cemerlang di Jeli tetapi itu tidak pernah menjadikan Apandi berputus asa untuk menebus maruahnya.
Sudah tentu sejarah manis tahun 1999 berjaya mengalahkan Mustapa serta pembebasannya dari tuduhan rasuah akan dijadikan azimat bagi terus berlawan dengan Mustapa. Kali ini Apandi berlawan dengan Mustapa dalam keadaan dia putih bersih.
Dalam pada itu kawasan paling lemah dilihat ialah Rantau Panjang. Bukan saja dipihak Pas tetapi dipihak Umno juga. Masalah ini mungkin berlaku kerana keadaan masih berteka teki siapakah yang bakal mewakili parti masing-masing. Mereka yang dijangka diletakkan calon tidak berani untuk 'bertaruh' menggerakkan parti kerana bimbang tidak akan dipilih.
Dipercayai perang saraf antara Pas - Umno ini akan bertambah hebat seminggu dua lagi. Ia akan menjadi hebat bila mana kedua-dua parti telah menentukan calon masing-masing.
Umno dijangka akan membuat keputusan muktamad mengenai siapa yang akan diturunkan dan tidak pada awal April ini. Mustapa dijangka akan memberi tahu mereka yang bakal menjadi calons secara sulit berperingkat-peringkat.
Demikian juga dengan Pas. Separuh lagi nama-nama khasnya untuk bertanding di kerusi Dun belum diberitahu atau dimaklumkan kepada batang tubuh. Pesuruhjaya Pas negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat masih meneliti secara lebih terperinci tentang tokoh-tokoh yang akan diturunkan.
Seperti mana saya ramalkan sebelum ini beberapa orang Adun Pas sudah hampir pasti tidak akan diturunkan semula baik kerana faktor peribadi maupun atas kerelaan sendiri untuk tidak bertanding kerana sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat. Dalam pada itu Pas sudah memuktamadkan kedudukan mana-mana wakil rakyat yang akan dipindah ke kerusi parlimen.
Demikian juga dengan Pas. Separuh lagi nama-nama khasnya untuk bertanding di kerusi Dun belum diberitahu atau dimaklumkan kepada batang tubuh. Pesuruhjaya Pas negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat masih meneliti secara lebih terperinci tentang tokoh-tokoh yang akan diturunkan.
Seperti mana saya ramalkan sebelum ini beberapa orang Adun Pas sudah hampir pasti tidak akan diturunkan semula baik kerana faktor peribadi maupun atas kerelaan sendiri untuk tidak bertanding kerana sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat. Dalam pada itu Pas sudah memuktamadkan kedudukan mana-mana wakil rakyat yang akan dipindah ke kerusi parlimen.
-http://www.msomelayu.blogspot.com/