Home » » Gambar2 Dataran Merdeka Dipagar... Mengapa Sampai Begitu Sekali?? Apa Pilihan Seterusnya Penganjur BERSIH 3.0?

Gambar2 Dataran Merdeka Dipagar... Mengapa Sampai Begitu Sekali?? Apa Pilihan Seterusnya Penganjur BERSIH 3.0?


KUALA LUMPUR, 27 April:Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula menutup sekeliling Dataran Merdeka bermula jam empat pagi tadi.

Menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, kira-kira 30 mahasiswa termasuk orang awam lain yang berada di padang dihalau keluar oleh penguatkuasa DBKL sebelum sekeliling padang diletakkan pagar besi dan penghadang.

"Kami cakap pada DBKL, notis mengosongkan Dataran Merdeka jam enam pagi, kenapa jam empat pagi dah halau. Kami kata, kami cuma duduk, tak buat apa-apa pun. Tapi DBKL minta kami keluar juga," katanya kepada Harakahdaily.

Selepas dihalau keluar, mereka berkumpul dan meletakkan barang-barang di seberang jalan, bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Mereka merupakan sebahagian daripada mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) dan pendidikan percuma sejak 14 April lalu.

Mereka bertekad untuk kekal di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan Bersih 3.0, esok.

Bagaimanapun DBKL semalam mengeluarkan kenyataan akan menutup Dataran Merdeka bermula jam enam pagi ini sehingga enam pagi Ahad daripada sebarang aktiviti.

Penutupan itu dibuat selepas DBKL mengeluarkan kenyataan melarang Gabungan Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan "Duduk Bantah" di Dataran Merdeka.

Tinjauan Harakahdaily pagi ini mendapati, sebanyak tiga buah lori DBKL dan beberapa buah kereta polis berada di tepi jalan.

Manakala belasan anggota DBKL kelihatan mengawal keadaan sekitar.
Menurut Safwan juga, mahasiswa akan berada di sekitar Dataran Merdeka sehingga esok.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan semalam memberitahu akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuatkuasa 6 pagi ini sehingga 6 pagi Ahad.
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger