Home » » Bapa bakar anak kerana gagal dapat semua A dalam peperiksaan

Bapa bakar anak kerana gagal dapat semua A dalam peperiksaan

TIANJIN - Seorang lelaki yang dipercayai menghidap penyakit mental, memukul anak perempuan sendiri yang berusia 14 tahun di belakang rumah ketika anaknya sedang mandi.


Bapa yang berusia 47 tahun itu bertindak kejam sedemikian kerana kecewa dengan kegagalan anak perempuannya untuk mendapat semua A dalam peperiksaan akhir di sekolahnya. Mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya akibat 40% badan mangsa melecur termasuk kedua belah kaki dan tangan serta separuh mukanya.

"Saya tidak menyangka seorang ayah sanggup membakar anaknya sendiri hanya kerana gagal mendapat semua A dalam peperiksaan." katanya ibu mangsa.

"Bagi saya keputusan 4A yang diperolehinya sudah cukup baik dan memuaskan" tambahnya lagi ketika ditemuramah oleh media.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa berseorangan mandi di belakang rumahnya kerana berkemas-kemas hendak pergi ke sekolah seperti biasa. Manakala lelaki itu kini telah ditahan reman untuk membantu siasatan dan jika didapati bersalah, beliau boleh dijatuhkan penjara seumur hidup.
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger