Negara Algeria bina masjid ke-3 terbesar di dunia
ALGIERS - Algeria menandatangani perjanjian dengan syarikat pembinaan gergasi China semalam untuk membina sebuah masjid yang dijangka ketiga terbesar di dunia.
Menteri Hal Ehwal Agama, Bouabdallah Ghlamallah, menyatakan masjid unik berharga RM4 bilion itu akan menghadap pantai di timur Algiers.
“Tiada mana-mana masjid menyerupainya sama ada daripada aspek keagamaan, pelancongan dan ekonomi,” katanya.
Sebelum itu dia menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembinaan masjid itu dengan China State Construction Engineering Corporation (CSCEC).
Masjid mega itu akan dibina di kawasan seluas 20 hektar di kawasan Mohammadia di Algiers, dengan menaranya setinggi 270 meter.
Ia mampu memuatkan sehingga 120,000 jemaah, selain menempatkan sebuah perpustakaan mengandungi sejuta bahan bacaan serta 2,000 tempat duduk, sebuah muzium dan pusat penyelidikan.
Ia akan menjadi masjid ketiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Arab Saudi.
Sumber: Harian Metro
Call Center Mistik
Phone :
+6283 866 777 808
+6287 835 212 444
BlackBerry :
23 17B 13E
Website :
WWW.ANTIK-MISTIK.COM
