Tiada hukuman yang lebih berat kecuali terhadap pengkhianat dan penderhaka. Dalam Islam, mereka yang murtad, hukumannya adalah bunuh atau dipencilkan. Dalam adat-istiadat Melayu, hukuman bagi pengkhianat dan penderhaka tidak sahaja dibunuh sama ada menerusi pancung kepala, tusukan keris dari celah tulang bahu ke jantung mahupun disula, sebaliknya anak isteri serta kaum keluarga juga dihapuskan kalau tidak pun dibuang negeri. Tidak itu sahaja, rumah si penderhaka dan pengkhianat juga dimusnahkan. Manakala tapak rumah dikorek dan dihumban ke laut.
Zaman moden ini, hukuman terhadap penderhaka masih lagi hukuman maut di mana-mana negara sekalipun biarpun kaedahnya telah ‘dikurangkan’ dan ‘dilonggarkan’.
Menjemput pihak asing untuk melakukan serangan di dalam negara bagi tujuan mendapatkan kuasa, merupakan perbuatan yang amat keji dan sangat terkutuk. Lebih mengejikan lagi ialah apabila terdapat pula anak negeri, tidak kiralah sama ada rakyat atau anggota-anggota keselamatan yang dibunuh oleh penceroboh dan penyerang berkenaan.
Malaysia pada zaman moden menyediakan HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI untuk penderhaka dan pengkhianat dengan dikategorikan sebagai MEMERANGI YANG DI-PERTUAN AGONG.
Orang yang paling panas punggung dan tidak tentu arah sekarang adalah Anwar Ibrahim. Sekalipun para pengikutnya cuba melakukan pengalihan isu demi menyelamatkan Anwar Ibrahim, namun mereka tetap tidak dapat menjawab tentang Anwar Ibrahim yang telah didedahkan oleh sumber-sumber perisikan Manila bahawa dia memang terlibat dalam serangan lanun Sulu ke atas Sabah.
Kekacauan di Sabah amat diperlukan memandangkan Sabah merupakan antara deposit tetap BN. Satu-satunya cara untuk membuatkan ramai rakyat Sabah tidak keluar mengundi atau celaru ketika mengundi adalah dengan menggoncang kestabilan serta keamanan di negeri tersebut. Sukar untuk mencari sesuatu yang boleh mencetuskan ketakutan, melainkan dengan huru-hara.
Malaysia tidak banyak musuh. Kalau ada pun musuh adalah musuh dalam selimut.
Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang telah menjadikan Sabah sebagai destinasi kempen politik mereka yang paling utama. Boleh dikatakan hampir setiap minggu sebelum lanun-lanun Sulu itu menceroboh dengan membawa senjata dan membunuh anggota-anggota keselamatan, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang berada di bumi Sabah untuk melakukan kempen dan hasutan. Apabila lanun-lanun Sulu itu mulai menceroboh dan melepaskan tembakan yang membunuh anggota-anggota keselamatan, Kit Siang dan Anwar Ibrahim menyalak dari Semenanjung, menghentam dan mengkritik pasukan keselamatan kerana lembab bertindak. .
Melihat kepada reaksi dan tindakan puak-puak Pakatan Rakyat sahaja, sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja yang ada otak, mulai berfikir, apa sebenarnya peranan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat, khususnya dari DAP dan PKR. Disokong pula oleh portal Malaysiakini yang mendapat pembiayaan daripada George Soros dan Yahudi Zionis, yang berteriak dan menyalakkan kebebasan media, kononnya, semakin memberi penjelasan siapa puak-puak ini dan apa motif mereka.
Tentu sahaja sebahagian besar daripada kita mengingati bagaimana HAMPIR KESELURUHAN PAKATAN RAKYAT mempertikaikan tentang sekatan maklumat yang dibuat oleh pasukan keselamatan dan pihak berkuasa pada masa operasi dilaksanakan. Mereka mempertikaikan semua fakta dan berita yang dilaporkan secara rasmi sebaliknya mencipta pelbagai berita palsu dan persepsi semata-mata untuk memberi modal kepada Anwar Ibrahim dan konco-konconya membantai kerajaan.
Mereka bertanyakan mengapa wartawan tidak dibenarkan memasuki zon perang untuk melaporkan apa yang berlaku di sana. Konon-kononnya kalau tiada wartawan dari media yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, maka segala berita tidak boleh dipercayai sama sekali.
Dan itulah yang mereka lakukan menerusi MALAYSIAKINI.
Malaysiakini tidak sahaja membocorkan segala pergerakan ketenteraan Malaysia di kawasan berkenaan, sebaliknya mempertikaikan semua usaha yang dilakukan, sebagaimana yang dimahukan oleh Anwar Ibrahim dan tuan-tuan besarnya di Tanah Eropah dan Amerika.
Berita kejayaan pasukan keselamatan Malaysia, nampaknya telah diputarbelitkan dalam usaha untuk meruntuhkan moral dan semangat pasukan keselamatan Malaysia.
Itulah kerja mereka. Semuanya dilakukan demi menyelamatkan Anwar Ibrahim yang sudah ternampak-nampak tali gantung hampir membeliti lehernya!!!