Home » » Dua letupan berlaku di Di Felda Sahabat 16, Lahad Datu pagi 9 Mac 2013

Dua letupan berlaku di Di Felda Sahabat 16, Lahad Datu pagi 9 Mac 2013


Dua letupan berlaku di Di Felda Sahabat 16, Lahad Datu - Selepas 24 jam tiada pertempuran berlaku di antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan Sulu yang menjadikan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu sebagai kubu sejak 12 Februari lalu, dua letupan kuat akhirnya kedengaran di kawasan zon merah Op Daulat, Felda Sahabat 16, Lahad Datu sekitar jam 1.00 pagi dan 7.30 pagi tadi.

Selain itu, turut kedengaran pesawat helikopter anggota keselamatan berlegaran di ruang udara Felda Sahabat 16 yang memantau situasi kawasan letupan.

Bagi penduduk Felda, Norashikin Sarbani, 33, berkata mendengar bunyi letupan itu membuatkan hatinya berdebar tetapi yakin ia bunyi letupan daripada pasukan keselamatan.

"Kami di sini rasa lebih selamat kerana kehadiran pasukan keselamatan yang ramai. Kami sudah tidak takut," katanya dengan tenang.

Malahan bagi peneroka Mujhi Bakrun, 39, beliau kini tidak perlu risau kerana kesungguhan kerajaan untuk menghapuskan kumpulan penceroboh militan itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat di Sabah," katanya. - mStar




Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger