Home » » Gambar PM Najib dan bendera Malaysia dibakar di Filipina

Gambar PM Najib dan bendera Malaysia dibakar di Filipina


Gambar PM Najib dan bendera Malaysia dibakar di Filipina - Pejabat Kedutaan Malaysia di Filipina terpaksa ditutup hari ini ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang. Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu.


Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan beragama Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan di Makati City dan Tordecillas Street, Salcedo Village. Mereka menggesa agar Malaysia menamatkan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu. Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut untuk mengawal keadaan.




Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger