Home » » Kronologi Ops Daulat hari kedua 6 Mac 2013

Kronologi Ops Daulat hari kedua 6 Mac 2013


Kronologi Ops Daulat hari kedua 6 Mac 2013 - Semalam, Ops Daulat sudah memasuki hari kedua dengan Datuk Seri Panglima Hishammuddin bin Tun Hussein dan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah membuat kenyataan bahawa sebuah kubur penceroboh dan 20 mayat telah ditemui. Berikut ialah ringkasan Ops Daulat sepanjang hari kedua semalam (6 Mac 2013).
  • 13 Mayat Penceroboh ditemui ketika ini
  • CID dan Forensik Menemui Kubur 7 Penceroboh
  • Pasukan Forensik diserang ketika membuat pemeriksaan dan pengesahan kubur dan mayat penceroboh kira-kira jam 1.45 ptg
  • Anggota keselamatan menemui sejumlah senjata yang digunakan penceroboh)
  • Tiada Anggota Keselamatan yang tercedera pada Ops Daulat Hari Kedua
  • Kedua-dua Menteri Menekankan bahawa orang ramai perlu yakin dan mempercayai kemampuan anggota keselamatan dari PDRM dan ATM
  • Pengamal media sosial khususnya perlu lebih bertanggungjawab dan menghormati anggota keselamatan serta keluarga-keluarga wira yang terkorban
  • Gambar-gambar di lokasi serangan dipertontonkan kepada media
  • 3.40 ptg - Kawalan anggota keselamatan Di Felda Sahabat
  • 3.30 ptg - Anggota Keselamatan memulakan operasi menggeledah rumah ke rumah di Kg. Tanjung Batu. bagi memburu pengganas.
  • 3.05 ptg - Suspek yang ditahan juga memiliki syabu
  • 3.00 ptg - 4 Suspek Penceroboh Ditahan Jalan Lapangan Terbang 5 KM Dari Pekan Semporna Dalam Operasi Khas jam 12 Tengahari tadi.
Laporan akhbar tempatan semalam mendakwa seramai 30 orang penceroboh Sulu terbunuh dalam serangan besar-besaran melalui Ops Sulu pada hari pertama, yang kemudiannya dinamakan Ops Daulat, di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada selesa (5 Mac 2013).

Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM setakat tengah malam selesa ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara pula tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.


Semalam pula, seorang lagi penceroboh mati ditembak manakala, 13 mayat penceroboh telah ditemui. Keseluruhannya, seramai 63 orang penceroboh Sulu telah terbunuh.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger