Laporan terkini Ops Daulat 7 Mac 2013 (12.30pm - 5.35pm) - Artikel yang akan dikongsi ini merupakan laporan terkini tentang Ops Daulat hari ketiga oleh pihak keselamatan dari tengah hari hingga petang. Jom baca situasi terkini di Lahad Datu.
12.30pm - Pihak media menanti-nantikan ketibaan YAB PM DS NAJIB RAZAK
1.00pm - Jamalul Kiram (Sultan Sulu) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (waktu Malaysia).
1.15pm - Keluarga Kiram turut memohon Kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang sama bagi mengelakkan lagi pertumpahan darah. Mereka bersedia mengambil pulang ahli keluarga sekiranya diterima Malaysia.
1.35pm - PM DS NAJIB RAZAK tiba di Felda Sahabat Residence sebentar tadi. Sedang diberi taklimat oleh KPN, PAT dan Menteri berhubung genjatan senjata Sultan Sulu.
2.00pm - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan bahawa pegawai polis (Beragama Islam) yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah tergolong dalam Syahid Akhirat.
2.10pm - PM dibawa melawat lokasi krisis dengan kenderaan Pacuan 4 x 4 Roda.
2.20pm - Gambar Helikopter Nuri yang membawa PM DS Najib Razak meninjau kawasan krisis.
2.30pm - Abraham Idjirani berkata pengumuman Kiram berdasarkan kenyataan : "memandangkan pembunuhan dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap 40 awam yang tidak bersalah semalam" di Lahad Datu, beliau mendakwa operasi anggota keselamatan Malaysia turut mengorbankan bayi yang baru lahir di dalam penjara. Mereka mendapat nasihat daripada Setiausaha Ban Kim Moon (PBB).
2.50pm - Ban Kim Moon memantau secara dekat krisis di Lahad Datu.
3.00pm - PM DS Najib akan mengadakan sidang media pada bila-bila masa.
3.10pm - Kira-kira 100 orang kumpulan militan berkumpul mengadakan protes di Istana Malacanang dan Mendiola, Filipina.
3.15pm - PM tiba di Pusat Media Felda Residence.
3.25pm - Tawaran genjatan senjata Jamalul Kiram (Sultan Sulu) ditolak. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.
"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan,".
4.20pm - Intipati dan ulasan sidang media PM DS Najib
5.30pm - Jumlah 63 orang penceroboh disahkan terbunuh setakat jam 7 pagi tadi (1 - 7 Mac 2013).
5.35pm - Seorang penceroboh berpangkat Jeneral adalah antara yang terkorban.
Sumber : Beliabangkit

- Presiden Filipina (Aquino) telah menghubungi untuk mendapatkan pendirian atau reaksi Malaysia. Saya beritahu mereka mesti letak senjata tanpa syarat dan senjata diserahkan kepada anggota keselamatan Malaysia.
- Telah berjumpa denan pemimpin-pemimpin Suluk warganegara Malaysia di Tawau yang berikrar untuk taat setia kepada kerajaan pusat dan negeri, mengutuk tindakan pengganas dan tidak akan membantu kumpulan pengganas ini.
- Kudat, Tawau, Sandakan, Semporna, Lahad Datu dan Kunak disythiarkan sebagai Kawasan Khas Keselamatan (Special Security Area).
- PM mahu penceroboh serah diri dan letak senjata sebelum menimbangkan sebarang genjatan senjata
- Kawasan Khas Keselamatan (Special Security Area) diwujudkan serta-merta berpusat di Lahad Datu dengan penambahan 5 batalion antara pihak tentera dan polis.
- Tidak wujud soal kedaulatan Sabah kerana telah dimuktamadkan pada tahun 1878 lagi bahawa Sabah merupakan wilayah yang sah dalam Malaysia ditambah dengan keputusan Suruhanjaya Cobol (2/3 Rakyat Sabah bersetuju untuk menjadi sebahagian Malaysia).
- Keputusan Suruhanjaya Cobol ini mendapat pengiktirafan PBB.
5.30pm - Jumlah 63 orang penceroboh disahkan terbunuh setakat jam 7 pagi tadi (1 - 7 Mac 2013).
5.35pm - Seorang penceroboh berpangkat Jeneral adalah antara yang terkorban.
Sumber : Beliabangkit