Home » » Nouri Ramli hanya pertahan diri, tiada niat bunuh selepas dipukul arwah suami

Nouri Ramli hanya pertahan diri, tiada niat bunuh selepas dipukul arwah suami


Nouri Ramli hanya pertahan diri, tiada niat bunuh selepas dipukul arwah suami - Susulan penahanan Nouri Ramli dan dua orang anak saudaranya untuk membantu siasatan kes pembunuhan suami tiga hari lepas, muncul seorang yang hanya dikenali dengan nama Da menerusi portal Murai. Da memberitahu, tindakan Nouri di dalam kes pembunuhan tersebut hanyalah sekadar untuk mempertahankan diri.

Da yang menyatakan dirinya adalah kawan rapat kepada Azmi (mangsa) dan Nouri memberitahu yang Azmi bukanlah seorang suami yang baik terhadap Nouri selama ini. Menurut Da, selepas berkahwin, Nouri banyak menyara keluarga mereka. - Beautifulnara
Selepas Nouri mengandung, dia mengalami alahan yang teruk sehingga mulutnya senget. Namun, dia tetap menyara kehidupan sekeluarganya. Azmi langsung tidak buat apa-apa. Malah, Azmi pernah mengikuti saya ke satu majlis ketika Nouri sakit sarat mengandung. Waktu itu, Azmi langsung tidak pedulikan isterinya. Azmi juga banyak minum pada malam itu. Saya dan suami saya yang menghantarnya pulang. Sebelum pulang, saya dapati Azmi tidak terus masuk ke rumah sebaliknya menunggu di luar dulu agar bau arak itu hilang.
Da turut menerangkan secara terperinci bagaimana kejadian itu berlaku.
Pada malam Azmi mati, Nouri mengatakan Azmi telah merempuh masuk ke rumah itu. Waktu itu, pintu sliding rumah Nouri tidak berkunci. Lepas masuk, Azmi mengamuk dan terus pukul Nouri. Dua orang anak buahnya pun ada di situ menyaksikan kejadian. Waktu bergaduh, anak buah itu tidak berani dekat tetapi apabila Azmi sudah terduduk, mereka menghampirinya dan pegang Azmi. Selepas itu, Nouri meminta anak buahnya ambil tali pinggang dan mengikat suaminya itu supaya dia tidak bertindak agresif lagi.

Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger