Home » » Pelakon Beego ditangkap kerana khalwat di rumah sewa

Pelakon Beego ditangkap kerana khalwat di rumah sewa


Pelakon Beego ditangkap kerana khalwat di rumah sewa - Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Phyne Ballerz, Beego, memberitahu seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dua tahun lalu, dia menyewa rumah yang didiaminya bersama-sama seorang kakak angkat.

Selain mereka berdua, Beego turut memberitahu Pegawai Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur JAIS, Muhammad Luqman Ramli, seorang lagi rakan lelakinya turut menyewa rumah berkenaan yang terletak di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Muhammad Luqman semasa memberi keterangan bagi pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes khalwat Beego dan dua rakannya di Mahkamah Rendah Syariah semalam.

Muhammad Luqman berkata, Beego memberitahu perkara tersebut ketika disoal olehnya dalam rumah berkenaan selepas serbuan dilakukan berikutan aduan orang ramai mengenai kehadiran lelaki dan wanita bukan muhrim di dalam rumah itu. - Utusan


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger