Walupun sebelum ini banyak pihak mempertikaikan keberkesanan taktikal oleh pasukan keselamatan negara dalam menggempur musuh tetapi ternyata ia cukup berkesan dan terbukti kini Sultan Sulu akhirnya mahukan gencatan senjata selepas 23 hari bertindak ganas dan kejam terhadap anggota keselamatan Malaysia dengan menggunakan taktik gerila.
Mereka akhir terpaksa akur bahawa Malaysia mempunyai iltizam yang kuat untuk mempertahankan Sabah sebagai wilayah Malaysia yang berdaulat.
MERIAM 155mm G5
Tentera Darat Malaysia adalah antara beberapa negara yang menggunakan sistem artileri atau meriam G-5 buatan Afrika Selatan bagi memberikan tembakan sokongan atau mengharu di medan tempur.
Keputusan untuk memperolehi sistem meriam G5 dibuat oleh TDM pada tahun 2000. Meriam tersebut dibekalkan dengan sistem komputer kawalan tembakan AS2000. Untuk mempertingkatkan daya mobilitinya setiap meriam dipadankan dengan kenderaan jenis MAN 6x6 buatan Jerman yang telah diubah reka bentuk kabinnya oleh firma tempatan DEFTECH
(SUMBER)