SAMAN TETAP SAMAN !!!




Semakin ramai yang mendesak agar Peguam Negara menyegerakan siasatan terhadap Anwar Ibrahim dan konco-konconya yang telah mengkhianati negara ini dengan menjemput, membayar, membiayai dan mendalangi lanun-lanun Sulu menyerang negara ini, semata-mata untuk menimbulkan kekecohan dan kacau bilau bagi memudahkan dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Berdasarkan kepada rekod Peguam Negara yang pernah 'diugut' oleh Anwar Ibrahim berhubung kes perbicaraan liwat tahun 1998-99, ada kebarangkalian, desakan ini akan berlalu begitu sahaja. Peguam Negara barangkali kurang mendengar dan tidak mustahil juga, Peguam Negara dan pejabatnya 'gagal' mencari sabitan untuk membawa kes tersebut ke tengah.
Terbaru, portal dari Kanada pula membuat pendedahan tentang niat dan langkah-langkah jahat Anwar Ibrahim dalam usahanya mengejar jawatan Perdana Menteri. Sebelum ini, REUTERS, INQUIRER NEWS dan MANILA POST memetik sumber-sumber risikan Filipina telah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan pencerobohan lanun-lanun Sulu ke Sabah.
Sebelum ini, banyak pendedahan yang telah dibuat berhubung kegiatan Anwar Ibrahim dengan beberapa agensi dan entiti Zionis yang cuba menjadi mastermind kepada beberapa 'kejadian aneh' di Malaysia, termasuklah meruntuhkan tiang-tiang ekonomi dan kewangan negara ini. Campurtangan kuasa asing ke atas Malaysia, begitu ketara dan telah diperkatakan, terutama sekali yang membabitkan kewangan yang membiayai pelbagai pergerakan subversif seperti BERSIH, Gerakan Mahasiswa yang menggunakan simbol sosialisme, pengliberalan agama Islam dan sebagainya.
Namun sehingga kini, Peguam Negara tetap tidak mengambil sebarang tindakan.
Begitu juga dengan laporan polis yang jumlahnya beribu-ribu dibuat terhadap Ambiga Sreevanasan, Anwar Ibrahim, Tian Chua, Hishamuddin Rais dan sebagainya, hampir kesemuanya MASUK KE DALAM TONG SAMPAH.
Apakah kali ini, Peguam Negara juga akan mengambil tindakan yang sama, walaupun desakan dari seluruh negara semakin besar gelombangnya agar Peguam Negara memulakan tugasnya untuk menjaga KELUHURAN UNDANG-UNDANG MALAYSIA?
Mari kita kejutkan Peguam Negara yang masih 'tidur' setelah digertak oleh Anwar Ibrahim tidak lama dahulu!!!




Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger