Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan lelaki bersenjata Sulu yang terlepas pada sabtu lepas daripada kepungan pasukan keselamatan negara.
Tan Sri Ismail Omar berkata kawasan operasi di Kampung Tanjung Batu adalah 3 km persegi dan Kampung Tanduo 4 km persegi.
Beliau berkata baki kumpulan bersenjata dipercayai akan bergerak berpasangan atau dalam unit-unit kecil.
"Kami percaya mereka cuba mengelak daripada pasukan keselamatan dengan bergerak di antara kedua-dua kampung," katanya.
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata lelaki bersenjata berjaya menyelinap dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu ketika operasi pembersihan oleh pasukan keselamatan kerana kawasannya yang tidak sekata dan berpaya.
Ditanya sama ada masih terdapat saki-baki pengganas Sulu yang berada di Kampung Tanduo, beliau berkata operasi masih diteruskan untuk membawa mereka keluar dan mereka mungkin bersembunyi di dalam belukar dan hutan sekunder.
Ismail berkata nasib Raja Muda Azzimudie Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata, masih tidak diketahui.
"Masih terdapat mayat di kawasan itu yang kita tidak pasti," katanya. - mStar
Kematian lelaki bersenjata Sulu ini membawa kepada jumlah pengganas Sulu yang terbunuh kira-kira 53 orang di dua perkampungan pantai iaitu Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo.