Home » » Terkini: Anak Sultan Johor, Tunku Ismail digantung 6 bulan, denda RM18,000

Terkini: Anak Sultan Johor, Tunku Ismail digantung 6 bulan, denda RM18,000


TUNKU ISMAIL

PERSATUAN Bola sepak Malaysia (FAM) hari ini mengenakan hukuman gantung enam bulan dan denda RM18,000 ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Ismail Tunku Ibrahim kerana melanggar Artikel 88 badan itu.

Tunku Ismail didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang disifatkan menentang dan menjatuhkan kredibiliti FAM.

Sepanjang tempoh penggantungan, Tunku Ismail dilarang melibatkan diri dengan mana-mana aktiviti persatuan bola sepak, berkuat-kuasa hari ini.

Tunku Ismail juga dikenakan denda RM18,000 kerana melakukan dua kesalahan.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, Tunku Ismail tidak boleh mengemukakan rayuan.


AKAN MENYUSUL
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger