UPDATE LAHAD DATU: Info dari pemberita di Felda Lahad Datu, berhampiran dengan lokasi serangan Kampung Tanduo. Serangan Udara baru sahaja dihentikan sebentar tadi.
Operasi Darat Oleh Pasukan Keselamatan Malaysia meliputi ATM dan Polis mengambil alih serangan keatas tempat persembunyian penceroboh.
Menurutnya lagi, satu sidang media mengenai operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina itu dijadual diadakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, di Hotel Residen Felda Sahabat, 11 pagi ini.