Home » » SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT - Tolak Penipuan PRU13 : Polis Johor Beri Amaran Agar Orang Ramai Jangan Pergi

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT - Tolak Penipuan PRU13 : Polis Johor Beri Amaran Agar Orang Ramai Jangan Pergi




JOHOR BAHRU 15 Mei - Polis memberi amaran supaya orang ramai tidak menghadiri perhimpunan haram yang dijangka diadakan di Taman Puteri Wangsa, di sini malam ini kerana ia tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, perhimpunan yang dijadualkan bermula pukul 8 malam itu tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.


"Setakat ini, pihak kami belum menerima sebarang notis pemberitahuan daripada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan di lokasi berkenaan.

"Justeru, polis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada terhadap mereka yang menyertainya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

- UTUSAN ONLINE

Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger