Home » » Gambar dan punca Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh (12 Photo)

Gambar dan punca Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh (12 Photo)


Gambar dan punca Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh - Berita tergempar sekitar jam 7.05 petang tadi telah tersebar di laman maya apabila jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggan Malaysia telah runtuh secara mengejut.

Difahamkan, bahagian jambatan yang runtuh ialah sebatang palang konkrit sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung. Kejadian itu berlaku ketika para pekerja kontraktor sedang menyiapkan kerja-kerja akhir jambatan berkenaan sebelum dibuka kepada umum.

Walaupun runtuhan palang konkrit berkenaan tidak menyebabkan sebarang kematian namun terdapat beberapa kenderaan termasuk motosikal yang hancur berkecai selepas ditimpa serta menyebabkan jalan sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Punca kepada kegagalan palang konkrit itu masih belum dapat dipastikan namun admin mengandaikan ianya berpunca daripada kesilapan teknikal pembinaan oleh para pekerja disebabkan kurang pengawasan dari pihak atasan kontraktor dan jurutera. Berikut ialah beberapa keping gambar menarik sekitar kawasan bahagian jambatan yang runtuh mengejut.













Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger