Home » » Isu kahwini Alyah, Ramli MS tak layan wartawan mStar

Isu kahwini Alyah, Ramli MS tak layan wartawan mStar


Isu kahwini Alyah, Ramli MS tak layan wartawan mStar"I am not interested (saya tidak berminat)" demikianlah jawapan ringkas konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli MS atau nama sebenarnya Ramli Mohamed Salleh, 54, ketika cuba ditemubual oleh wartawan mStar pada pagi Jumaat.

Nampaknya Ramli MS mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada sebarang ulasan berhubung gosip kononnya beliau sudah bernikah dengan penyanyi popular, Alyah. Bagi admin, ianya satu tindakan yang cukup bijak untuk menutup sebarang spekulasi baru yang bakal memburukkan keadaan.

Untuk makluman, kontroversi pasangan Ramli MS dan Alyah mula timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan kononnya Alyah sedang menanti pinangan daripada Ramli. Ini kemudiannya disusuli pula dengan laporan tentang pihak pengurusan Alyah yang mahu memboikot akhbar itu kerana menyiarkan artikel yang menyinggung perasaan Ramli.

Bagaimanapun, timbul pula isu lain yang kononnya pasangan berkenaan sudah berkahwin secara rahsia, selepas wanita itu pulang dari menunaikan umrah. Mereka dikatakan sudah menetap dan tinggal bersama di Bandar Kinrara, Puchong.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger