Home » » Pegawai bank cedera dilanggar dan dibom di Pulau Pinang

Pegawai bank cedera dilanggar dan dibom di Pulau Pinang


Pegawai bank cedera dilanggar dan dibom di Pulau Pinang - Jika semalam seorang kerani sekolah maut terkena letupan bom di halaman rumah mertuanya, hari ini pula giliran seorang pegawai bank berdepan ancaman sama selepas kereta yang dinaikinya dilanggar dan dibom sebutir bom dipercayai buatan sendiri.

Kejadian itu difahamkan berlaku kira-kira pada jam 2.20 petang semalam ketika pegawai bank, Ong Kok Kwang, 23, bersama rakannya sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. 

Mereka yang menaiki kereta Honda Civic diekori oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dari arah Lebuh Farquhar sebelum dilanggar beberapa kali dari arah belakang di Love Lane.

Menurut Kosmo, selepas melanggar kereta mangsa, seorang lelaki di tempat duduk penumpang telah membuka cermin MPV itu lalu melontar sesuatu disyaki bom buatan sendiri di bahagian bampar kereta mangsa.

Suspek kemudian terus mengekori mangsa sehingga ke Jalan Burmah namun mereka berjaya meloloskan diri sebaik melihat kenderaan polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger