Home » » Adam AF2 kekasih baru Fiza Elite, bakal nikah Khamis

Adam AF2 kekasih baru Fiza Elite, bakal nikah Khamis


Adam AF2 kekasih baru Fiza Elite, bakal nikah Khamis - Nampaknya kegagalan Fiza Elite untuk bernikah dengan jejaka pilihannya dua bulan lalu walaupun semua persiapan untuk majlis perkahwinan telah diatur mempunyai hikmahnya tersendiri.

Fiza Elite yang ditemubual media memang mengakui sedih dengan perkara tersebut namun dia tetap berserah kepada jodoh. Masa berlalu dengan begitu pantas, tup-tup bekas anggota Girlband itu rupanya sudah menemui penggantinya.

Yang menariknya, jejaka yang berjaya menawan hati Fiza juga merupakan seorang artis iaitu bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua pada tahun 2004, Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29.

Terkenal dengan lagu-lagu K-Pop ciptaan Edry Abdul Halim KRU Studios, Adam merancang untuk berkahwin dengan Fiza Elite, 33, pada Khamis bersamaan 26 September 2013. Pengakuan tersebut dibuat Adam menerusi ruangan Hip yang disiarkan di Berita Harian hari ini.

"Inilah ketentuan Allah. Inilah jodoh saya. Moga-moga kekal ke akhir hayat, In Shaa Allah."

Walaupun berita pernikahan ini amat mengejutkan admin sendiri namun ia pastinya satu berita gembira untuk kedua-dua peminat mereka. Tak sangka pulak kan! Tahniah kepada Adam dan Fiza Elite. Semoga semua persiapan untuk majlis pernikahan berjalan dengan lancar.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger