Punca Black Mentor dan isteri keracunan makanan - Baru seminggu bergelar suami isteri yang sah, Black Mentor dan isterinya ditimpa nasib malang apabila mengalami keracunan makanan ketika berbulan madu di Pulau Langkawi.
Kejadian itu berlaku pada malam Rabu lepas sejurus sahaja mereka tiba di pulau peranginan terbabit. Mereka difahamkan telah ditahan beberapa jam di Hospital Daerah Langkawi pada malam Khamis selepas mengalami cirit-birit, muntah-muntah dan keletihan.
"Alhamdulillah keracunan tersebut tidak terlalu teruk dan kami hanya ditahan selama beberapa jam sahaja di hospital selepas diberikan air garam untuk menyeimbangkan kembali bendalir dalam badan."
Mengulas bagaimana keracunan makanan itu berlaku, Black menjelaskan ianya berpunca daripada keghairahan mereka menikmati makanan laut di Pulau tersebut. Hanya pada keesokan paginya mereka mula mengalami tanda-tanda keracunan.
"Mula-mula ingatkan sakit perut biasa sahaja tetapi ia semakin melarat sehingga ke petang sampaikan kami tidak larat untuk ke mana-mana dan duduk di dalam bilik hotel sahaja."