Home » » Inilah Jawapannya Mengapa YAB DS Ustaz Azizan Menolak Pertandingan Bagi Jawatan Timb. Presiden Dan Naib Presiden PAS Pusat...

Inilah Jawapannya Mengapa YAB DS Ustaz Azizan Menolak Pertandingan Bagi Jawatan Timb. Presiden Dan Naib Presiden PAS Pusat...

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Rabu mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal bulan depan.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Mohd Khalid berkata penarikan itu adalah kerana DS Ustaz Azizan ingin memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pentadbiran kerajaan negeri.

"Bagaimanapun beliau akan bertanding bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam Muktamar kali ini.

"Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pergerakan-pergerakan PAS kawasan yang telah mencalonkan beliau bagi jawatan terbabit," katanya.

DS Ustaz Azizan adalah antara yang menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden selain penyandang Nasharudin Mat Isa; Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan pemimpin PAS Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Pemilihan untuk pucuk pimpinan tertinggi PAS itu akan berlangsung di Taman Melewar, Kuala Lumpur dari 3 hingga 5 Jun ini.

Antara jawatan yang dipertandingkan ialah pengerusi tetap dan timbalannya, presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden serta anggota Jawatankuasa Pusat PAS

Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger