Linkwithin bertujuan untuk memaparkan post lain blog yang berkaitan. Ianya berbeza dengan 'related post biasa' kerana linkwithin akan memaparkan thumbnail bagi entri yang berkaitan. Gambar di bawah adalah salah satu contoh linkwithin berfungsi.
Antara kelebihan linkwithin ialah :
1. Paparan dengan thumbnail akan lebih menarik perhatian pengunjung.
2. Cara yang mudah meletakkan dalam blog tanpa memerlukan ubahan yang kompleks.
Berikut ialah langkah-langkah ringkas bagaimana meletakkan linkwithin dalam blog:
1. Buka web ini www.linkwithin.com
2. Pada paparan yang muncul, masukkan maklumat yang berkaitan.
Note : Jika background blog anda gelap, tanda pada kotak kosong kecil itu dan pastikan anda memasukkan bilangan cerita pada bahagian 'width' iaitu sesuai dengan lebar blog anda.
3. Klik pada install widget.
4. Jika anda mempunyai beberapa blog, pilih salah satu blog yang anda ingin letakkan linkwithin. Kemudian, klik add widget.
5. Apabila sudah selesai, klik save pada page element anda dan lihat hasilnya.