Home » » Planet ke-10 dalam sistem suria

Planet ke-10 dalam sistem suria

Seperti kita sedia maklum, sistem suria terdiri daripada 9 planet yang mengorbitkan matahari sebagai pusat pusingan. Perhatikan gambar di bawah. Planet Utarid (mercury) merupakan planet paling dekat dengan Matahari diikuti dengan Venus, Bumi, Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus, Neptun (Neptune) dan Pluto.

Pada 21 oktober 2003, satu lagi planet baru telah ditemui oleh 3 orang ahli astronomi iaitu Mike Brown, Chad Trujillo dan David Rabinowitz di kawasan Selatan California ketika mereka sedang menjalankan tinjauan ke atas bahagian luaran sistem suria menggunakan kamera jenis Palomar Quest.



Pada ketika itu, planet tersebut diberi nama sementara iaitu 2003 UB313. Planet ini kemudiaannya disahkan sebagai planet ke-10 di dalam sistem suria pada 13 september 2006 dengan nama rasminya Eris.

Jarak tahun penemuan antara Pluto dan Eris ialah 75 tahun (Pluto ditemui pada 1930). Saiz planet Eris lebih besar daripada planet Pluto manakala jaraknya ke Matahari ialah 16.10 billion km iaitu 3 kali jarak antara Pluto dan Matahari. Jangkamasa yang diambil oleh planet Eris untuk mengelilingi Matahari adalah 560 tahun iaitu 2 kali lebih lama berbanding planet Pluto.


Berdasarkan anggaran Mike Brown, seorang profesor astronomi keplanetan, lebar planet Eris ialah 3,379km iaitu 1.5 kali diameter planet pluto. Planet ini mempunyai kecondongan 45 darjah terhadap kedudukan asal sistem suria.


Planet ini dikatakan menyerupai Bumi dengan adanya sejumlah kecil kompoisi oksigen dan gas metana dalam bentuk pepejal. Dalaman planet ini pula terdiri daripada campuran batu dan ais, tumbuh-tumbuhan dan air. Permukaannya berwarna putih dan keupayaan permukaan planet ini memantulkan cahaya melebihi keupayaan 9 planet yang lain. Planet ini hanya akan kelihatan ketika diteropong pada akhir musim panas, musim luruh dan awal musim sejuk.


Sejak penemuan planet ke-10 ini, timbul perdebatan di kalangan ahli astronomi dan ahli sains berkaitan dengan kesesuian untuk memasukkan planet Pluto dan Eris dalam 10 planet utama di dalam sistem suria.
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger