Home » » Rooney ledak hatrik aksi persahabatan

Rooney ledak hatrik aksi persahabatan


Wayne Rooney meledak hatrik dalam tempoh 21 minit pada babak kedua ketika Manchester United membelasah kelab Seattle Sounders 7-0 pada perlawanan persahabatan kelmarin.

Michael Owen memulakan pesta gol pada minit ke-15 apabila menewaskan bekas penjaga gol yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris, Kasey Keller menerusi tandukan.

Kedudukan tidak berubah 0-1 pada babak pertama hasil ketangkasan penjaga gol Sounders, Keller apabila menafikan percubaan Owen ketika menuju rehat.

Selepas perlawanan bersambung, kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu menguasai perlawanan dengan memasukkan pemain gantian termasuk Rooney, Park Ji-Sung dan Mame Biram Diouf.

Diouf menjaringkan gol pada minit keempat babak kedua.

Rooney meledak hatrik pada minit ke-51, ke-69 dan ke-72.

Park turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-71 dan Gabriel Obertan melengkapkan pesta gol United pada minit ke-88.

Klik sini untuk sumber asal artikel ini


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger