Home » » Patung besar mandi di tasik

Patung besar mandi di tasik

Sebuah patung besar terapung telah dipamerkan di bandar Hamburg, Jerman bermula 3 Ogos lalu. Patung yang menyerupai seorang wanita sedang mandi itu diletakkan di Tasik Picturesque Alster. Ia telah menarik ramai pelawat ke tasik itu bahkan ada yang sanggup menaiki bot kecil untuk melihatnya dengan lebih dekat.


Berdasarkan laporan terkini, patung terapung tersebut ialah ciptaan Oliver Voss, ketua akademi pengiklanan Sekolah Miami Ad. Patung yang dikenali sebagai The Bather mempunyai ukuran ketinggian yang mencecah 3.9m dan panjang 29.4m. Ia direkabentuk seperti seorang wanita yang sedang berseronok mandi di tasik. Menurut laporan lagi, patung tersebut diperbuat daripada besi keluli dan stiforoam.


Walaupun patung The Bather berjaya menarik perhatian pelawat ke tasik itu namun terdapat juga segelintir individu yang tidak menyukainya. Salah seorang daripadanya ialah Mayor Markus Schreiber yang menyifatkan patung The Bather sebagai perosak dan pencemar kepada keindahan Tasik Picturesque Alster.


Patung perempuan terapung itu akan dipamerkan selama 10 sehari (sehingga 12 Ogos) di tasik tersebut sebelum dipindahkan.



Sumber asal


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger