Home » » Sneijder semakin hampiri United

Sneijder semakin hampiri United

Manchester United semakin hampir untuk mendapatkan Sneijder dengan bayaran perpindahan sebanyak £30 juta (RM144.8 juta) yang dikemukakan United untuk mendapatkan pemain tengah Belanda itu. Kelab Itali itu juga bersedia untuk membenarkan Sneijder melakukan perbincangan dengan wakil pegawai dari Old Trafford.


Namun hanya satu perkara yang mampu menyekat perpindahan tersebut iaitu berhubung jumlah gaji yang akan diminta oleh Sneijder setelah dia menikmati status cukai memuaskan sepanjang beraksi di Itali. Sneijder sudah pasti tidak mahu mengalami penurunan gaji berbanding ketika bersama Inter ketika ini iaitu bersamaan £190,000 (RM916,978) seminggu, jumlah yang agak tinggi dalam struktur gaji United.

United bakal tampil menerangkan kaedah pembayaran gaji di United yang turut merangkumi bonus dan juga bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak bergantung kepada tempoh kontrak tersebut. Ia pasti akan menyamai kontrak Sneijder ketika bersama Inter dan para pemain United turut berpeluang menambah pendapatan menerusi hak cipta imej bagi tujuan pengiklanan.

Sumber asal
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger