Home » » PM Najib Hanya Umum Bonus Setengah Bulan Gagi Untuk Kakitangan Awam, Di Mana Suara Cuepacs?

PM Najib Hanya Umum Bonus Setengah Bulan Gagi Untuk Kakitangan Awam, Di Mana Suara Cuepacs?

Kerajaan hari ini mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada penjawat awam dan juga pesara kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Belanjawan 2012 berkata bayaran itu akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember ini.
azlan“Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara kerajaan,” katanya.

Menurut Najib, beliau yakin ganjaran itu akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam mempastikan agenda pembangunan nasional menjadi kenyataan.

Sebelum ini, pada bulan Ogos lalu, kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 kepada penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara. Tindakan itu bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang terus meningkat dan sempena meraikan Aidilfitri.

“Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak empat bilion ringgit,” katanya.
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger