Ada lagi sambungannya... Minta Maaf kerana masalah teknikal, admin akan cuba
uploadkan lagi sekiranya masalah teknikal ini boleh diatasi...Pendirian berkenaan diumumkan menerusi sidang media di Alor Setar sebentar tadi.
Terdahulu, difahamkan persetujuan itu dibuat berdasarkan keputusan PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui parti itu.
"Matlamat saya sudah tercapai, saya akan sertai semula exco. Dengan penubuhan Jawatankuasa Pemandu, ini bermakna akan ada pihak yang memantau pentadbiran negeri," katanya seperti yang dilaporkan Harakahdaily pada Isnin.
PAS Pusat pada Isnin mengumumkan keputusan yang dicapai pada mesyuarat hampir empat jam di Alor Setar pada Sabtu lalu bahawa Phahrolrazi dan Ismail perlu menerima lantikan sebagai exco.
Manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan terus menerajui kerajaan negeri.
Sementara itu Azizan, ketika dihubungi oleh wakil akhbar The Star berkata, beliau juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh pimpinan PAS pusat.
Ditanya bagaimana beliau akan bekerjasama dengan Phahrolrazi dan Ismail, Azizan menjawab:
”Bukan saya yang menolak mereka keluar. Mereka yang memilih untuk tidak menerima semula (pelantikan itu). Jawatankuasa Pusat yang memutuskan supaya mereka dilantik semula. Jadi adalah lebih baik untuk Jawatankuasa Pusat yang uruskan soal mereka.”
Pada masa yang sama, Azizan juga mengalu-alukan pembentukan sebuah jawatankuasa pemandu untuk memantau perjalanan kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan.