Home » » Adeh !! Muhammad Ammar Abdul Rahman hina pemimpin negara

Adeh !! Muhammad Ammar Abdul Rahman hina pemimpin negara

Inilah cerita tindakan gila seorang pelajar kolej swasta yang memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar PM Najib, isterinya dan seorang lagi menteri. 

Polis menahan seorang pelajar kolej swasta di Cheras, semalam bagi membantu siasatan kes menghina gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka pada 30 ogos lalu. Muhammad Ammar Abdul Rahman, 19, ditahan selepas menyerah diri di kolejnya sejurus tiba bersama ibu bapanya kira-kira jam 11 pagi semalam.


Dia dipercayai pelajar yang membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 ogos lalu.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan yang mengetuai operasi, berkata Ammar dipercayai melarikan diri ke kampungnya selepas menyedari diburu pihak berkuasa. “Bagaimanapun, atas desakan ibu bapa, dia kembali ke ibu negara pagi tadi (semalam) untuk menyerah diri sebelum ditahan.

Sumber : minghuiraingerz.blogspot.com
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger