Home » » Bayi 12 hari maut dimakan tikus

Bayi 12 hari maut dimakan tikus

CHENNAI - Seorang bayi yang baru berusia 12 hari dan dilahirkan pramatang mati dimakan oleh tikus selepas ditinggalkan tanpa pengawasan di sebuah wad hospital di Chennai, India.


Pada mulanya ibu bapa kepada bayi itu diberitahu bahawa daging koyak pada wajah bayi perempuan mereka adalah disebabkan oleh septisemia. Tetapi kemudian mereka diberitahu bahawa sebenarnya luka itu disebabkan gigitan tikus.

Mayat bayi itu telah diletakkan di satu sudut di Kasturba Gandhi Women and Children Hospital semalaman. Medik memberitahu polis bahawa mereka tidak menghantar mayat bayi ke rumah mayat hospital kerana ia adalah untuk orang dewasa sahaja.

Menteri kesihatan tempatan, VS Vijay berkata: "Kerajaan telah mengarahkan siasatan dan kami sedang menunggu laporan bedah siasat itu. Kami akan menggantung doktor yang terlibat jika mereka melakukan kecuaian."

Sumber : sabahan-trolls.blogspot.com
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger