Home » » Ceh !! Malaysia pecah rekod dunia erk??

Ceh !! Malaysia pecah rekod dunia erk??

KUALA LUMPUR: Dua sejarah tercipta dalam Perhimpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati malam tadi apabila Tweet Up Merdeka memecahkan rekod dunia sebagai Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar Di Dunia dengan penyertaan seramai 10,128 orang.


Selain itu, ia juga menempa nama di dalam Malaysia Book of Records sebagai jumlah Tweet Terbanyak Dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan #Merdeka55 iaitu sebanyak 3,611,323 tweet dari jam 8.15 hingga 9.15 malam.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ia menunjukkan sokongan generasi muda untuk tweet bersama Perdana Menteri dan ia bukti pendekatan terkini begitu dekat di hati golongan berkenaan.

Pada majlis itu, Datuk Seri Najib Razak turut menyampaikan Hadiah Rancangan Pertandingan Luar Bandar kepada empat pemenang yang membawa pulang geran perniagaan antara RM500,000 hingga RM2 juta.

Perdana Menteri turut memberikan Anugerah Desa Sejahtera kepada empat kategori kampung iaitu tradisional, Orang Asli, Kampung Baru Cina dan anugerah khas rumah panjang terbaik.

Bagi menghargai jasa generasi muda dalam bidang sukan, belia dan seni, penganjur mengiktiraf Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, dan Pandelela Rinong Pamg sebagai Ikon Generasi Muda.

Sumber : Harian Metro Online
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger