Home » » Harga makanan dunia naik 10% kerana AS !!

Harga makanan dunia naik 10% kerana AS !!

WASHINGTON 31 Ogos - Harga makanan dunia melonjak naik sebanyak 10 peratus pada bulan lalu ekoran musim kemarau yang melanda Amerika Syarikat (AS) dan Eropah Timur.


Menurut kenyataan Bank Dunia yang dikeluarkan semalam, bermula Jun hingga Julai, harga gandum dan jagung meningkat 25 peratus dan harga kacang soya meningkat 17 peratus manakala hanya harga beras yang turun empat peratus.

Secara keseluruhannya, Indeks Harga Makanan Bank Dunia menunjukkan kenaikan enam peratus lebih tinggi berbanding bulan Julai tahun lalu dan kenaikan satu peratus berbanding paras tertinggi pada Februari tahun lalu.

Sehubungan itu, Bank Dunia menggesa kerajaan di seluruh dunia meningkatkan program pemakanan bagi melindungi kebajikan rakyat masing-masing.

Presiden Kumpulan Bank Dunia, Jim Yong Kim berkata, kenaikan harga makanan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia sangat berisiko kepada penduduk dunia.

Katanya, penduduk dunia terutamanya golongan kanak-kanak mungkin terpaksa memakan makanan kurang berkhasiat kerana harga makanan yang mahal.

"Setiap negara perlu memperkuatkan program kebajikan masing-masing serta mengamalkan dasar yang sesuai bagi mengurangkan tekanan terutamanya di negara yang mempunyai penduduk yang ramai.

"Negara-negara di Afrika dan Asia Barat mudah terdedah kepada masalah kenaikan harga makanan ini dan begitu juga penduduk di beberapa negara lain," katanya.

Bencana kemarau di AS menyebabkan hasil bijirin dan kacang soya berkurangan tahun ini, manakala musim panas kering di Rusia, Ukraine dan Kazakhstan menjejaskan pengeluaran hasil gandum.

Bagaimanapun, pakar-pakar di Bank Dunia berkata, kenaikan harga makanan kali ini tidak akan mencetuskan rusuhan di beberapa negara seperti yang berlaku pada tahun 2008.

Sumber : Utusan Malaysia Online
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger