Home » » Makanan berlemak punca utama kanser breast

Makanan berlemak punca utama kanser breast


WASHINGTON - Wanita hamil perlu berhati-hati dengan diet kerana pengambilan banyak makanan berlemak meningkatkan risiko anak dan cucu perempuan mereka menghidap barah payudara.

Penyelidik percaya diet tidak sihat boleh mengubahsuai sel bayi belum lahir dan generasi seterusnya secara kekal.

Ia menjelaskan, mengamalkan pemakanan sihat ketika hamil boleh mengurangkan paras barah payudara, jenis barah paling biasa di United Kingdom yang menyerang satu dalam lapan wanita ketika hayat mereka.

Saintis di Universiti Georgetown di Washington DC memberi makan tikus bunting dengan diet normal atau makanan tinggi lemak.

Bagi haiwan yang diberi diet berlemak, anak dan cucu betina yang diberi makan secara normal, didapati mempunyai risiko tinggi mendapat tumor barah payu dara.

Makanan berlemak dikaitkan dengan paras tinggi hormon estrogen. Sekumpulan tikus yang diberi makanan berlemak juga diberi estrogen tambahan, memberi kesan kepada tiga generasi seterusnya.

Ketika kajian itu belum disahkan pada manusia, ketua penyelidik, Dr Sonia de Assis, berkata: Apa yang dimakan oleh ibu atau terdedah ketika kehamilan boleh meningkatkan risiko anak perempuannya menghidap barah payudara.

Sumber: Berita Harian
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger