Pelajar sekolah agama ditangkap kerana berasmara dalam bilik air masjid
SULAWESI BARAT - Sepasang kekasih yang sedang asyik berasmara, nyaris dipukul oleh orang ramai kerana berkelakuan tidak senonoh di dalam bilik air di sebuah masjid di Polewali Mandar, Khamis lepas.
Mereka ditangkap oleh seorang petugas masjid yang mahu masuk ke bilik air. Pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan separuh bogel.
Berita tentang pasangan tersebut terus tersebar dan menyebabkan kemarahan di kalangan masyarakat setempat.
Mereka terus mengerumuni pasangan itu di perkarangan masjid. Mujur ada sekumpulan orang yang dapat meredakan kemarahan masyarakat dan menyelamatkan pasangan tersebut.
Lebih memalukan lagi, pasangan itu adalah bekas sebuah sekolah agama yang terkenal di daerah itu.
Untuk mengelakkan kemarahan orang ramai yang kesal dengan kejadian itu, pasangan tersebut terus dibawa ke markas polis daerah Wonomulyo. Mereka ditahan sehingga ibu bapa masing-masing datang menjemput mereka di balai polis.
Sumber: duniacacamarba.blogspot.com
Call Center Mistik
Phone :
+6283 866 777 808
+6287 835 212 444
BlackBerry :
23 17B 13E
Website :
WWW.ANTIK-MISTIK.COM