Home » » Pelik !! Nenek minta diceraikan kerana suami bagi makan anjing liar

Pelik !! Nenek minta diceraikan kerana suami bagi makan anjing liar

ROMA - Seorang wanita meminta suami menceraikannya kerana tidak tahan dengan tingkahlaku suami yang banyak menghabiskan masa untuk memberi makanan kepada anjng-anjing liar. Mereka sudah berkahwin selama 50 tahun.


Menurut Eliza Barbu, 71, suaminya dulu tidak sesibuk sekarang kerana hanya memberi makanan kepada 2 ekor anjing liar sahaja. Namun sejak kebelakangan ini, jumlah berkenaan meningkat kepada 20 ekor menyebabkan jumlah makanan yang diperlukan semakin banyak.

Lebih menarik, suaminya akan memberi makanan kepada semua anjing liar berkenaan sebanyak 3 kali sehari hingga makanan untuk mereka berdua tidak cukup dan adakalnya terpaksa berlapar.

Dengan duit pencen yang semakin kurang kerana banyak dibelanjakan untuk membeli makanan anjing, Eliza sudah tidak bertahan dengan perangai suaminya dan mengambil keputusan untuk meminta cerai.
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger