Kali ini aku nak kongsi dan buat review tentang website PING BUSUK. Inilah website yang paling popular untuk ping entri setakat ini. Untuk pengetahuan korang, website PING BUSUK berada pada Ranking ke-47 di Malaysia dan ke-8,998 di Dunia. Website ini antara Top 50 di Malaysia yang paling ramai dikunjungi orang iaitu hampir setaraf dengan akhbar-akhbar di Malaysia.
Di sini, aku nak senaraikan beberapa kelebihan kalau nak ping entri dalam BUSUK.
- Paling mudah kalau nak ping entri kerana korang hanya perlu masukkan url entri korang tanpa perlu memasukkan perincian-perincian lain.
- Entri korang akan berada di carian Engine Google dalam masa beberapa minit sahaja. Maksudnya, korang akan directly dapat trafik dalam masa yang singkat.
- Kalau entri korang menarik, entri berkenaan boleh tersenarai dalam list pilihan BUSUK. Ini bermakna entri korang akan diutamakan dan terpapar pada list popular BUSUK. 2,000 trafik tu memang senang-senang dapat kalau entri korang dah jadi pilihan BUSUK.
- Jumlah view setiap entri korang mudah diketahui kerana BUSUK akan memaparkan berapa ramai yang masuk kat entri korang.
