Home » » Ronaldo tolak tawaran RM382 juta City

Ronaldo tolak tawaran RM382 juta City

MADRID - Penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo tidak akan menyarung jersi Manchester City selagi Alex Ferguson menjadi pengurus Manchester United.


Spekulasi perpindahan Ronaldo ke City tercetus selepas pemain bernilai £80 juta (RM395 juta) itu dilaporkan tidak gembira bersama Real.

Situasi tersebut memberi ruang kepada juara bertahan Liga Perdana England itu untuk mendapatkan penyerang Portugal berkenaan pada musim perpinda- han, Januari depan.

Namun, sumber rapat Ronaldo, 27, berkata: "Ronaldo sangat rapat dengan Ferguson dan sehingga kini mereka masih berhubung.

"Ronaldo tidak akan mengambil risiko dengan menyertai musuh pasukan kendalian Ferguson itu."

Pada masa yang sama, Ronaldo turut mendedahkan bahawa Ferguson merupakan individu yang cukup bermakna kepadanya.

"Ketika saya tiba di United, saya berusia 18 tahun, Ferguson seperti bapa saya. Beliau banyak mengajar saya.

"Saya berkerjasama dengan beliau selama enam tahun dan beliau merupakan seorang individu serta pengurus yang hebat.

"Ferguson dan José Mourinho (Real) merupakan dua jurulatih terhebat di dunia." Bagaimanapun, Ronaldo tidak berpuas hati dengan Real kerana dia mahu menandatangani kontrak baharu yang bernilai £25 juta (RM123 juta) setahun.

Sumber : Kosmo Online
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger