Home » » Inilah Gambar Penduduk Kemaman Yang Membantah Penghinaan Terhadap Hukum Hudud Oleh Presiden MCA.. Jom Terjah!!!

Inilah Gambar Penduduk Kemaman Yang Membantah Penghinaan Terhadap Hukum Hudud Oleh Presiden MCA.. Jom Terjah!!!


SALAH seorang sahabat mengirimkan sekeping gambar perhimpunan sekumpulan penduduk di Kemaman membantah penghinaan terhadap Hukum Hudud oleh Chua Soi Lek di perhimpunan agung MCA tempoh hari.

Menurut pengirim, beliau mengambil gambar perhimpunan ini ketika dalam perjalanan pulang kerja, sekitar pukul 6 petang semalam. Penduduk membawa banner dan poster yang mengecam presiden MCA serta Umno yang hanya senyap meskipun penghinaan ini dilakukan di depan batang hidung Najib Razak, presiden Umno.


Di dalam perhimpunan agung MCA tempoh hari, Presiden MCA, Chua Soi Lek menghina Hukum Hudud apabila menyifatkan Hukum Hudud yang dikatakan mampu mencegah rasuah adalah satu pembohongan besar.

Pemimpin MCA yang pernah popular dengan video seks bersama kekasihnya itu turut menyebut, daripada 11 buah negara yang melaksanakan Hukum Hudud, 8 daripadanya diistiharkan sebagai antara negara paling korup, paling tidak selamat dan stabil di dunia.

Penghinaan terhadap Hukum Hudud yang menyentuh sensitiviti serta melukakan perasaan umat Islam seluruh negara itu dilakukan di depan Perdana Menteri Najib Razak yang turut menghadiri perhimpunan tahunan MCA itu.

Tambah mengejutkan, penghinaan terhadap hudud ini disambut dengan laungan hidup MCA! Dan hidup Barian Nasional berulang kali oleh Najib Razak dalam ucapannya selepas itu. Najib juga turut mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk masyarakat cina dalam majlis itu.

ReJaM® "Demi undi cina Najib sanggup jual Islam..."

Read more:milosuam
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger