Home » » Laporan Audit: Kerajaan PAS Kedah Bagi Duit Juta2 Kat Sapa Pula Neh.. Kalau Macam Nie Terguling La Dalam PRU 13 Nanti... Jom Terjah!!

Laporan Audit: Kerajaan PAS Kedah Bagi Duit Juta2 Kat Sapa Pula Neh.. Kalau Macam Nie Terguling La Dalam PRU 13 Nanti... Jom Terjah!!


PAS kedah memalukan.

Ada dua isu yang membabitkan kepincangan PAS dalam pentadbiran di Kedah.
Kerajaan negeri kedah jalan2 sambil buang duit rakyat. 

Perjalanan kes sepertimana yang didedahkan oleh jabatan audit negara.

1. Anak syarikat perbadanan menteri besar kedah = PMBKed = pernah cuba buat pinjaman sebanyak US40juta.

2. Kalau convert ke RM ia jadi RM134juta. WOW.. RM134juta tuee…

3. Yang kelakar lembaga pengarah tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut. Hahaha. Ko duduk dalam syarikat tapi apa jadah orang dalam syarikat buat ko tatau. Kelakar bhai.

4. Menurut audit, permohonan pinjaman dibuat atas nama pengarah urusan dan pengurus besar oleh KCB = Kedah Corporation Berhad.


6. Sapa pengarah urusan dan pengurus besar KCB? Aku blom check. Sapa tah.

7. Tujuan nak pinjam tue sebab nak buat pelaburan luar negara. Khususnya pelaburan dalam bidang pembalakkan dan pembangunan di Papua New Guinea. Owhh bagus tujuan nya. Pinjam sebab nak melabur. Melabur sebab nak jana profit. Bagus..

8. Tapi pinjaman tue dibatalkan pada tahun 2010. Aku tatau berapa banyak dah KCB dapat tapi yang pasti segala proses berkaitan pinjaman tersebut dah dibatalkan pada tahun 2010. Alasan pembatalan tersebut dibuat sebab peminjam tidak menyakini bahawa KCB mampu membayar semula pinjaman tersebut.

9. Bila syarikat yang memberi pinjaman tue tak yakin itu bermaksud apa? Ya, itu bermaksud mereka menyakini KCB melabur di satu projek yang tak boleh jana keuntungan.

10. Dan dari tempoh permohonan untuk meminjam sampai lah kepada pembatalan banyak sen telah terlibat disitu. Wow..
Rujuk carta ;


11. Untuk survey tanah jek ko telan RM87,000 ribu. Dasat. Tanah apa yang ko survey hah? Last2 lingkup bhai. Sapa yang nak tanggung neh? Kedah dan rakyat marhaen kedah juga yang kena tanggung akhirnya.

12. Lepas tue pernah beli kereta untuk MAS. MAS = syarikat Papua New Guinea MAS Incorporated.

13. Mereka start jalin kerjasama pada tahun 2008. Selepas PAS dapat bini baru iaitu kedah. Terus jalan projek luar negara. Cita2 mao besar. Kalau berjaya kena puji. Disebabkan gagal kena la kutuk. Duit sendiri orang tak peduli. Sebab duit rakyat la orang mengamok.

14. Tuntutan bayaran ke Indonesia? Tah bayaran apa le tue.. hehehe…

15. KCB juga buang banyak duit ketika dalam proses untuk mendapatkan pinjaman bagi projek PNG melalui syarikat = Capital Investment Agency (CIA) iaitu sebuah syarikat perunding kewangan..

16. Perunding itu dibayar secara ansuran sebanyak RM1.6 juta dan RM4.67 juta sebagai komisen dan yuran guaman walaupun pinjaman itu dibatalkan pada Januari 2010.

Maksudnya apa?

Pinjaman = dibatalkan.

KCB kena bayar RM1.6juta + RM4.67juta + Yuran Guaman kat CIA.

Macam mana la lue orang mentadbir neh? Tak reti blah je la.

Rugi berjuta2. Kalau kat jepun dah lama dorang step down. Tapi sebab neh malaysia spesis pemimpin bn dan pr yang tak berapa reti malo so layankan aje la.

Yang kelakar nya tue kan.. harakah tak siarkan beb benda neh dalam berita mereka.

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Woitt lue kutuk utusan tak telus ingatkan lue telus la sangat. Tapi rupanya lue dan utusan sama jek 2×5. Hapa pun tak boleh. Opsss berapa banyak dah najib bayar aku neh hah?

kah kah kah 

Lepas tue

Kerajaan negeri kedah repair rumah halimunan. 

1. Kat kedah ada rumah halimunan. Ko ada? Aku takde beb.

Wakaka..

2. Laporan audit sebut kerajaan kedah. So ini bermaksud pentadbiran ustaz azizan kita le. Sapa lagi.

3. Apa yang kedah buat ialah dorang luluskan bayaran untuk rumah yang tak pernah wujud.

4. Pembayaran dibuat atas nama kerja2 penambahbaikkan untuk 3 buah rumah kos rendah yang sama sekali tak pernah wujud.

5. Jumlah pembayaran tersebut ialah sebanyak RM28,900. 

6. Agaknya masa sign kelulusan tue tak reti nak semak dokumen berkaitan kot. Ko nak claim apa2 bayaran pun kena ada bukti. Malas nak p check samada rumah tue wujud ke tidak atas lot tersebut ka?

7. Agak2nya mereka yang bertanggungjawab tue akan diberhentikan kerja ka? Kontraktor yang menerima bayaran akan disuruh memulangkan wang ka?

8. Selain dari itu sebanyak rm14,740.00 juga dibayar kepada kontraktor atas kerja2 pembaikan yang tak siap.

Pfttt..

Setahu aku la kan. Ada orang yang bertugas melawat tapak. Mereka neh yang incharge dan semak tapak projek n proses seme kertas kerja. Lepas tue luluskan dokumen kerja siap sebelum proceed ke bayaran. Aku pernah terlibat dalam kontraktor dan perolehan tender kerajaan so aku faham serba sedikit selok belok kerja mereka.

Lepas tue pihak yang buat bayaran tue aku tak pasti samada mereka main percaya bulat2 person in charge ka ataupun apa sebelum meluluskan satu2 bayaran tapi yang pasti benda neh takan boleh sampai proceed ke baucar bayaran sehinggalah person in charge itu sendiri meluluskan dokumen kerja siap.

Maksudnya apa?

Maksudnya ini kerja orang dalam. Orang kerajaan. Oleh kerana audit ada nama projek dan nama kontraktor maka sudah sewajarlah kerajaan negeri kedah pecat individu2 yang terlibat dalam penyelewengan wang kerajaan. Soh mereka bayar balik setiap satu sen yang hilang begitu sahaja.

Dan tak payah la merapu bagai nak p banding dengan penyelewengan bien la. Lepas tue merapu nak banding dengan penyelewengan dan kerugian NFC pula. Itu seme kerja orang bodoh jek.

Orang cerdik dia berfikir setiap penyelewengan ialah penyelewengan regardless kecik or besar. Dan setiap penyelewengan haruslah disiasat sehingga ke akar umbi regardless parti atau pemimpin.

Lepas tue tak payah la meraban nak menyalahkan ini kerja orang2 bien ka apa. Alamak ai. Apabila seseorang tue mencuri, dia mencuri kerana dia mahu mencuri bukan dia mencuri kerana dia parti apa dan apa.

Agak2 korang si pencuri tue tanya kat diri sendiri terdahulu ka hey aku parti apa hah sebelum mencuri? Jap aku fikir. Hahh aku bien. So aku kena la mencuri. Agak kelakar disitu beb. Korang buat aku gelak guling2 jek.

kah kah kah 

Rujukan ;
http://www.malaysiakini.com/news/211995
http://www.kedahlanie.info/2012/10/cerita-papua-menyebabkan-kedah-rugi.html
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/#ixzz29bNETbNq
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger