Home » » Panas Berapi!!! Inilah Speaker Parlimen Yang Terpaksa Umumkan Perletakan Jawatan Selepas Mesej Lucah Dihantarnya Tersebar.. Jom Terjah!!

Panas Berapi!!! Inilah Speaker Parlimen Yang Terpaksa Umumkan Perletakan Jawatan Selepas Mesej Lucah Dihantarnya Tersebar.. Jom Terjah!!

http://www.radioaustralia.net.au/international/sites/default/files/imagecache/ra_article_feature/images/2012/10/9/3998514-4x3-700x525_1.jpg

SYDNEY: Speaker Parlimen Australia, Peter Slipper, mengumumkan peletakan jawatannya semalam, hanya beberapa jam selepas terselamat daripada usul memecatnya ekoran isu mesej teks lucah dihantar kepada bekas kakitangannya. 

Pemimpim pembangkang dari parti Konservatif, Tony Abbott, menggesa Slipper disingkirkan kerana “tidak sesuai” menjawat jawatan itu.


Perbuatan Slipper terdedah apabila dokumen mahkamah menunjukkan dia berbalas mesej dengan James Ashby, yang menuduhnya melakukan gangguan seksual. Antara kandungan mesej teks itu, Slipper menggelar seorang ahli politik wanita konservatif sebagai “jalang jahil” dan kemaluan wanita kelihatan seperti “kepah yang ditanggalkan dari cengkerang.” 

Usul memecat Slipper mendapat 69 undi berbanding 70 undi menyokongnya.

Bagaimanapun, Slipper kemudian memberitahu Parlimen bahawa dia akan meletak jawatan.

“Saya melepaskan jawatan ini tanpa dendam dan dengan kesedihan mendalam,” katanya. 


- AFP
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger