Bekas anggota majlis tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa pemimpin parti negerti tidak pernah mengetahui mengenai RM40 juta yang didakwa disumbangkan kepada Umno Sabah.
"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah tahu perkara ini. Saya tidak tahu kami ada begitu banyak wang.
"Saya hanya tahu apabila ia diumumkan oleh menteri di jabatan perdana menteri," katanya ketika dihubungiMalaysiakinihari ini.
Sedangkan, beliau merupakan anggota majlis tertinggi Umno dan anggota jawatankuasa perhubungan Umno Sabah selama hampir 18 tahun.
Bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berpaling tadah dan menjadi MP mesra Pakatan sejak Julai lalu.
MP itu juga mendakwa, walaupun pemimpin Umno tidak mengetahui mengenai sumbangan berkenaan, wujud anggapan bahawa ketua menteri yang juga ketua Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman memperolehi sejumlah sumbangan.