Home » » Teknik buat duit dengan Facebook

Teknik buat duit dengan Facebook


Dalam entri yang lepas, aku telah berkongsi tentang jom buat duit dengan blog. Walaupun aku bukanlah seorang blogger otai macam denaihati, beautifulnara atau benshaari, tidak salah kalau aku berkongsi dengan korang semua, bukan !! Untuk entri kali ini, aku akan berkongsi tentang teknik buat duit dengan Facebook. Mesti korang dah tahu banyak pasal ini kan. Jadi, entri kali ini hanyalah sebagai simpanan aku sahaja. Ikuti beberapa langkah berikut untuk korang mula buat duit dengan Facebook, sumber : panduankit.

Teknik buat duit dengan Facebook ke-1

Pertama sekali, apa yang perlu korang lakukan adalah dengan melakukan research terhadap targeted customer. Apa yang ingin anda jual seperti di negara mana, jantina, peringkat umur serta kuasa beli. Bila korang da pastikan sapa yang korang target untuk jual barangan tersebut, maka, barulah korang mencari Supplier terhadap barangan tersebut.

Teknik buat duit dengan Facebook ke-2

Langkah seterusnya adalah letakkan gambar gambar barangan korang dalam bahagian picture. Di situ, korang kenalah letak detail mengenai gambar barangan korang supaya orang dapat gambarkan mengenai foto tersebut secara terperinci  dan mudah.

Teknik buat duit dengan Facebook ke-3

Terus letakkan cara bagaimana untuk membuat payment untuk barangan tersebut. Biasanya letakkan no akaun, amaun yang perlu dibayar based on selection dan nama bank tersebut. Kemudian letakkan detail payment yang perlu pembeli beri dan suruh mereka hantar melalui no telefon di SMS ataupun email. Ingat, jadikan diri korang contactable, sebab biasanya jualan online tidak akan berlaku dalam sekelip mata sahaja kerana pelanggan takut ditipu.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger