Home » » Wanita tidak tahan tekanan terjun dari tingkat 6 kondominium Suria Kinrara

Wanita tidak tahan tekanan terjun dari tingkat 6 kondominium Suria Kinrara


Akibat mengalami tekanan dipercayai selepas bergaduh dengan suami melalui telefon, seorang wanita berusia 37 tahun maut selepas terjun dari tingkat enam dalam kejadian di Kondominium Suria Kinrara, dekat Puchong, di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia empat tahun nekad terjun dari bangunan itu akibat tidak tahan dengan masalah yang dihadapi.

Sumber berkata, seorang rakan mangsa cuba menghalang wanita itu dari terjun, namun tidak berjaya.
“Mangsa cedera parah di bahagian badan sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun meninggal dunia pada jam 8.30 pagi ketika menerima rawatan,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Harian Metro


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger