Home » » 2,011 penjawat awam diisytiharkan muflis

2,011 penjawat awam diisytiharkan muflis


Seramai 2,011 penjawat awam diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sejak lima tahun lalu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Bagaimanapun, katanya, penjawat awam yang diisytiharkan muflis tidak akan kehilangan pekerjaan kerana keputusan itu tertakluk kepada Lembaga Tatatertib Jabatan.
“Justeru, sebaik penjawat awam diisytiharkan muflis, Ketua Pengarah Insolvensi bertanggungjawab melaporkannya kepada ketua jabatan.

“Ia supaya kawal seliaan atas kelakuan dan hal ehwal kewangan muflis itu dapat dilakukan dengan baik dan berkesan,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, semalam.
Chong menjawab pertanyaan lisan Amran Ab Ghani (PKR-Tanah Merah) yang ingin tahu jumlah kakitangan awam diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu dan berapa ramai yang kehilangan pekerjaan.

Beliau berkata, undang-undang kebankrapan terpakai kepada semua individu termasuk penjawat awam yang muflis serta tiada halangan dan sekatan diperuntukkan di bawah undang-undang berkenaan.
“Penjawat awam yang diisytiharkan muflis tidak semestinya kehilangan pekerjaan sebaliknya tertakluk kepada keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan berkenaan,” katanya. - Harian Metro
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger