Home » » Saya juga hebat macam Priyanka Chopra - Bipasha Basu

Saya juga hebat macam Priyanka Chopra - Bipasha Basu


Bipasha Basu kini sebaris selebriti popular dunia yang memperoleh lebih sejuta orang pengikut di laman sosial Twitter. Heroin filem Raaz itu memperoleh angka itu pada minggu lalu.

Bipasha yang mengesahkan mengenai kejayaannya mengumpul sejumlah sejuta orang pengikut itu begitu teruja dengan kejayaan tersebut.
"Terima kasih semua atas kasih sayang anda. Mendapat pengikut seramai satu juta pengikut membuatkan saya berasa seperti begitu disayangi dan direstui," ujar Bipasha menerusi akaun Twitternya.
Dia yang sehingga kini berjaya mengumpul lebih sejuta pengikut sudah boleh berdiri sebaris bintang terkemuka Bollywood yang lain termasuklah Shah Rukh Khan yang mempunyai 3.1 juta pengikut Twitter, Salman Khan (2.9 juta), Priyanka Chopra (3.1 juta), Hrithik Roshan (2.5 juta) dan Amitabh Bachchan (3.9 juta). - Kosmo


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger