Home » » Spekulasi Terjawab! Kumpulan Penduduk Kg. Mohd Noor, Parit Sulong, Batu Pahat Ugut Keluar Parti UMNO.. Jom Terjah!!

Spekulasi Terjawab! Kumpulan Penduduk Kg. Mohd Noor, Parit Sulong, Batu Pahat Ugut Keluar Parti UMNO.. Jom Terjah!!



Semalam, heboh disiarkan tentang sekumpulan penduduk yang menyokong Umno mengugut untuk keluar dari parti itu tetapi masih menjadi persoalan mengapa mereka sanggup bertindak demikian.

Hari ini, segala spekulasi tersebut terjawab!

Penduduk Kampung Mohd Noor, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, mengancam akan berbuat demikian berikutan parti yang kunun memperjuangkan nasib orang Melayu itu langsung tidak mempeduli keselamatan mereka.

Mengesahkan perkara itu, Naib Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Zaihan Zainal, berkata penduduk kecewa dan marah berikutan Majlis Daerah Batu Pahat (MDBP) tidak mempeduli bantahan mereka berkaitan kedudukan lokasi pembuangan sampah.
"Sudah dua kali bertemu dengan MDBP dan pimpinan Umno tapi rayuan ditolak sedangkan lokasinya terletak berhampiran tempat tinggal mereka.
"Kalau ikutkan, tempat pembuangan sampah itu di atas bukit, tapi di lereng dan sekitarnya ada penempatan penduduk," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Zaihan berkata, kain rentang yang dipasang di satu persimpangan jalan sejak seminggu lalu dan tersebar di internet, menunjukkan mereka tidak akan berdiam diri dalam isu berkenaan.
Beliau percaya bila-bila masa sahaja penduduk kampung itu, akan keluar Umno.
"Ia bakal memberi tamparan hebat kepada Umno kerana kawasan itu  kubu kuat mereka. Setakat yang saya tahu, lebih kurang 30 peratus penduduk kampung itu sudahpun menyokong Pakatan," katanya.
Parlimen Batu Pahat diwakili Puad Zakarshi yang merupakan timbalan menteri pelajaran manakala parlimen Parit Sulong disandang bekas ketua puteri Umno, Noraini Ahmad.
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger